Cari Chords Disini:

Lagu Merdeka

SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

MERDEKA! MERDEKA MERDEKA!
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2018 ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61!

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Sambutan hari kebangsaan selalunya dibuat secara besar-besaran di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Untuk memeriahkan lagi suasana, berikut adalah di antara lagu-lagu popular berkaitan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Dr Sam - Saya Anak Malaysia
Francissca Peter - Setia
NEGARAKU (LAGU KEBANGSAAN)
Sudirman - Tanggal 31

No comments:

Post a Comment

This blog is using a "DOFOLLOW TOP COMMENTATORS" widget so please comment wisely. Enjoy and thanks for your support!