Cari Chords Disini:

Friday, August 30, 2019

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-62

Tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah diisytiharkan kemerdekaannya. Pengisytiharan Kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra disaksikan lebih 20,000 orang termasuk Raja-Raja di Stadium Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!.....

Hari ini 31 Ogos 2019, sudah 62 tahun kita merdeka. Beberapa perkara asas yang mungkin ramai terlepas pandang seperti:

RUKUN NEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang

BIRU TUA - Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.

KUNING - Kedaulatan Raja berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah rukun negara.

MERAH - Keberanian dan bersedia dalam menghadapisegala rintangan dan cabaran dalam usah meletakkan Melaysia sebagai negara maju.

PUTIH - Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan ketahanan rakyat yang beradap dan keperibadian Malaysia.

BINTANG BUCU 14 - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Perseketuan.

LAMBANG ANAK BULAN - ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia


LAGU NEGARAKU (Lagu Kebangsaan)
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Selain itu banyak lagi lagu-lagu yang telah dicipta untuk berkaitan hari kemerdekaan seperti:

Dr Sam - Saya Anak Malaysia
Francissca Peter - Setia
Sudirman - Tanggal 31



No comments:

Post a Comment

This blog is using a "DOFOLLOW TOP COMMENTATORS" widget so please comment wisely. Enjoy and thanks for your support!