Cari Chords Disini:

Thursday, September 26, 2019

Lagu-Lagu Tentang Ketuhanan

Koleksi Lagu Ketuhanan

Kali ni aku nak kongsikan beberapa lagu tentang ketuhanan yang ada dalam blog StudioAJ. Kadang-kadang bila aku mendengar lagu-lagu ini, aku jadi lebih bersemangat. Yelah, kadang-kadang kita ni sebagai manusia ada hari di atas dan ada hari pula di bawah. Kadang-kadang kita lupa apa tujuan dan matlamat kita.

Sebenarnya banyak lagu berkisahkan ketuhanan telah dihasilkan oleh komposer-komposer Malaysia. Setakat ini, himpunan lagu ketuhanan yang ada di dalam blog StudioAJ adalah seperti berikut:

  • Hidup di dunia cuma sementara, janganlah leka jangan terpedaya, antara kaca dan juga permata. ~ Al-Haq Yang Satu
  • Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata. Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua yang kaya atau besar tetap Allahuakbar! ~ Alhamdulillah
  • Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani. Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku kembali dipandu. ~ Bila Diri Disayangi
  • Bila kita menyebut namanya nawaitu jahat pun jadikan kita serba salah. Bila kita menyebut namanya semoga yang dilaksana semuanya terjaga. Tak kisah kita dimana kita mula dengan nama kebesarannya. ~ Bismillah
  • Dijemari saksi cinta ini, segala pujian hanya untukmu. Tiada erti dan denyut nadi ini, jadi teman cinta tulus abadi. ~ Cinta Abadi
  • Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepadaMu (Ya Allah), kami menyembahMu (Ya Allah), hanya kepada Mu kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat. ~ Erti Al-Fatihah
  • Sekiranya takdir menguji, cekalkanlah hasrat dihati. Semoga kesusahan bisa,  mengajar erti terus asa. Usaha dengan doa, masanya akan tiba. Dengan restu Illahi, kelak pasti akan ditemui.~ Hambamu
  • Salam diberi insan di bumi, Itu nikmat hari..hari ini. Tegur dan sapa senyum ketawa, itu tanda kita riang ria, abadikan keindahan ini. ~ Hijau Bumi Tuhan
  • Kita adalah insan, menumpang atas dunia. Aku dengan caraku, yang sederhana. Kita adalah hamba, berbakti pada yang Esa. Aku mencari sinar, keredhaannya. ~ Insan
  • Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit, tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit. Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu jugak satu dakwah. ~ Kalah Dalam Menang
  • Dan kini aku mengerti, antara dosa pahala yang mana lebih utama. Dalam meniti hidupan dan hari kematian. ~ Keinsafan
  • Setiap insan pastikan merasa, saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang akan dibawa. ~ Pergi Tak Kembali
  • Oh Tuhanku. Sesungguhnya aku tidak mampu, dengan ujianmu, bantulah aku, kemaafan kamu, lebih luas dari lautanmu. ~ Menangislah
  • Siapakah aku disisi Tuhanku? Apakah tujuan hidupku? Masa berlalu, laju laju laju tinggalkan aku. ~ Selamat Tinggal Masa

No comments:

Post a Comment

This blog is using a "DOFOLLOW TOP COMMENTATORS" widget so please comment wisely. Enjoy and thanks for your support!