Cari Chords Disini:

Saturday, September 7, 2019

Lirik Lagu Fighter - Aman RA (OST Filem Sangkar)

Dah tonton filem SANGKAR? SANGKAR merupakan sebuah filem aksi drama tentang komuniti sukan MMA di Malaysia yang lalui pelbagai jenis cabaran dalam usaha mereka untuk memperbaiki keadaan hidup mereka yang lebih bagus menerusi sukan MMA ini. SANGKAR merupakan filem MMA pertama dalam Malaysia yang diarahkan oleh Kabir Bhatia. Filem yang dilakonkan oleh Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2019.

Senarai penuh para pelakon Sangkar:

  • Zul Ariffin sebagai Adam Abdullah
  • Mira Filzah sebagai Liya
  • Remy Ishak sebagai Johan Kamaruddin
  • Nik Adam Mika sebagai Reza
  • Niezam Zaidi sebagai Jai
  • Aman Graseka
  • James McSweeney sebagai dirinya sendiri
  • Fadlan Hazim sebagai Hafiz
  • Carliff Carleel
  • Ray (Era) sebagai Bob
  • Emelda Rosmila sebagai Hajar


LIRIK LAGU FIGHTER - Aman RA (OST FILEM SANGKAR)
Buku Lima simpan dendam,
Bersukat Darah bertimbang daging,
Akan Secubit jadi segenggam,
Seperti Helang menyongsong angin.

Bila Tumbuh bahaya sengketa habis licin,
Kalau Kena tampar biar tangan yang bercincin,
Lawan Yang beralamat tujuan yang bermaksud,
Kalau Kena pijak biar kaki yang berkasut.

Hutang Budi dibayar budi,
Hutang Darah dibayar darah,
Hutang Budi dibayar budi,
Hutang Darah dibayar darah.

Dalam Hati rasa macam aku hang tuah moyang punya,
Bukan Cari musuh tapi kalau terserempak tak goyang,
Bukak Tapak menanti macam tempat bapak aku,
Masuk Saka tegak macam balak.

Tak Akan kayu bukak kulit ambik isi,
Kau Berkelahi dalam mimpi,
Kau Nampaknya macam berbin,
Tapi Macam perangai binti.

Mintak Sejengkal boleh bagikau,
Aku Aku boleh bagi kau,
Minta Sehasta aku boleh bagi kau.

Buku Lima simpan dendam,
Bersukat Darah bertimbang daging,
Akan Secubit jadi segenggam,
Seperti Helang menyongsong angin.

Bila Tumbuh bahaya sengketa habis licin,
Kalau Kena tampar biar tangan yang bercincin,
Lawan Yang beralamat tujuan yang bermaksud,
Kalau Kena pijak biar kaki yang berkasut.

Hutang Budi dibayar budi,
Hutang Darah dibayar darah,
Hutang Budi dibayar budi,
Hutang Darah dibayar darah.

Bila Sekampung perangai taik,
Bila Seorang kau terkencing,
Acah Macam hati kering,
Kena Lutut mula pening.

Tengok Macam nak cuba sangat tapi tak terdaya,
Boleh Dengar sembang kencang tapi aku tak percaya,
Kalau Barang yang disadur tolong jangan masuk campur,
Berterabut Gigi kau nanti bila kau kena tabur.

Minta Sehasta aku boleh bagi kau,
Minta Sedepa aku boleh bagi kau.

Buku Lima simpan dendam,
Bersukat Darah bertimbang daging,
Akan Secubit jadi segenggam,
Seperti Helang menyongsong angin.

Bila Tumbuh bahaya sengketa habis licin,
Kalau Kena tampar biar tangan yang bercincin,
Lawan Yang beralamat tujuan yang bermaksud,
Kalau Kena pijak biar kaki yang berkasut.

Hutang Budi dibayar budi.


No comments:

Post a Comment

This blog is using a "DOFOLLOW TOP COMMENTATORS" widget so please comment wisely. Enjoy and thanks for your support!